Singgahla sembang-sembang

20 09 2008

Salam Buat semua member2 dan penggemar2 teh misai kucing

Insyaallah malam ni kita jumpa lagi, bolehla sembang-sembang sambil pekena teh. Semalam cuti bawak budak-budak pi bukak posa kat Alor Setaq. Pekena Nasi Ayam kat Stadium satu keluarga baru RM 24.00. Tu pun sendawa takan. Bukan apa saja aja nak compare dengan kesah bukak posa kat Menara Alor Setaq. Dua dewasa dua budak2 berderai 120.00. Takdak yang menarik sangat cuma makan sambil menatang tu dok putaq je la. Apapun itu bukan ceritanya, yang penting untuk dipikiaqkan disini ialah sejauhmana kita menghayati fadhilat Ramadhon yang mengajar kita erti kesabaran, jimat cermat, dan menginsafi betapa pentingnya bulan posa ni kepada golongan yang kurang berada. Cuba bayangkan mereka yang hidupnya kais pagi makan pagi kaih petang makan petang, bukan sekadar nak makan sedap-sedap boleh makan nasik dengan lauk kicap pun kira dah hebat. Ini kita kalau bebelanja di Pasar Ramadhon habis nak borong…itulah nafsu manusia yang tidak pernah ada titik noktahnya.

Bila kedai tak bukak terasa sunyi pula tak dak tempat nak bergebang. Member caling ajak lepak di TNB tapi malas pula nak keluar. Saja nak rehat sat pasai letih pi dok beli belah pekakas nak buat kuih raya. Ya la, raya pun dah tak lama lagi lepaih tu member dari Makkah hantar SMS supaya jangan lupa buat kuih raya dia. Jadi kenala pi tambah bahan-bahan untuk kuih. Takut nanti kempunan pula member.

Malam kemarin sembang sampai pukul 2 pagi. Macam-macam isu keluaq sampai letih nak dengaq. Daripada cerita Pak Lah nak serah jawatan kepada Najib sampaila betoika Anwar akan angkat sumpah dalam masa terdekat. Aku sebelum masuk daun selalunya akan mengadap laptob sambil melayari pelbagai blog dalam internet. Itu nanti akan jadi modal cerita aku yang membezakan dengan depa. Depa sembang ikut dan je..ikut rasa…yala sembang kedai kopi tapi aku nak habaq mai ni cafe siber yang ada wifi. Jadi bila bersembang kenala ada sedikit maklumat, barulah ok. Depa dok berhujah kata Pak Lah patut serah jawatan segera dekat Najib. Seorang tu kata mudah ja…Pak Lah ka Najib ka serupa aja sebab la ni dua-dua dah tak berapa relevan dalam politik Malaysia yang dahagakan perubahan. Jadi, yang paling layak jadi PM tentulah ANWAR. Hampa dok pening buat apa biaqpila kat depa…kita dok macam ni jugak.Pening tapi janganla dok pikiaq sangat pasai depa. Kalau Anwar ka, Pak Lah ka serupa ja…dua2 ok pasai tak kenai kita sapa. Yang dok risau takut Najib naik saja ramai di sini. Bukannya apa…takut sangat depa kat pegawai khas dia yang dah pasang banner ucap Selamat hari Raya di seluruh pekan Kuala Nerang. Aku dengaq ja depa dok borak sambil sekali sekali pi kutip puntung rokok. Nasib baik malam ni depa tak banyak isap rokok daun…kalau dak bersepah cafe aku.

Sambil tu TAHNIAH kepada teman-teman yang dah terima surat lantikan sebagai guru-guru kanan matapelajaran. Tunaikanlah amanah dengan penuh jujur dan dedikasi untuk berkhidmat demi anak bangsa tercinta. Jumpa lagi malam ni…bye


Actions

Information

One response

23 09 2008
master

d’Bagus….bagusssssssss!!Tahniah atas usha yang berterusan.semoga rezeki sentiasa diberkati. aminnn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: