Menyusuri Perjalanan Berliku…

21 09 2008

Salam buat teman-teman..

Semalam malam 21 Ramadhon.  Tup-tup hari ni dah 21 hari kita umat Islam menunaikan ibadah Ramadhon. Sesungguhnya Ramadhon banyak mengajar kita tentang kehidupan. Mengkaji sifat manusia yang pelbagai sambil menginsafi kebesaran Ilahi. Lagu raya pula mula berkumandang dicorong-corong radio menandakan hari yang dinantikan itu makin menghampiri. Seronon tengok masih ada kanak-kanak bermain mercun dan bunga api walaupun pihak polis memberi pelbagai amaran dan peringatan. Itulah keseronokan setahun sekali.

Semalam pi Terawih ingat nak buat lapan je tapi bawak Long San dari Petani kenala tunggu sampai dia habis buat sunat Witir. Sambil dok tunggu tu, Jumpa dengan Cikgu Lah selamba je dia tanya aku `depa tak lantik hang jadi guru kanan ka’…aku senyum ja. Orang tak berkenan, tak pa la bukan rezeki saya sebab boss selalu kata rezeki anak buah di tangan dia…macam biasa Cikgu Lah gelak kecil sambil berlalu pergi.

Rupanya bila balik ke cafe isu sama berkumandang semula. Masing-masing memberi pendapat dengan hujah yang pelbagai. Pertikai la kata orang…masing-masing kata si polan tu layak, si polan ni tak layak. Aku dengaq je, malas nak ulas sama. Aku ni bukannya apa, kalau nak diikutkan kira layak la untuk dilantik tapi aku tak berapa minat pegang jawatan-jawatan besaq ni. Bukannya nak takbur atau sombong tapi sekadar elaun 120 sebulan apa sangat yang membezakan kita. Kuasa, pigida dengan kuasa kerana dalam kehidupan kita yang berkuasa hanya Allah semata-mata. Boss yang dok kata kuasa ditangan dia tu pun kena aku pada ketentuan Ilahi. Tapi jenis manusia yang angkuh ni susah nak tegur dan nasihat dia…maka biarkanlah dia dengan keegoaannya kerana suatu hari nanti dia akan sedaq kot siapa yang berkuasa. Perdebatan mengenai siapa yang layak dan tak layak akhirnya senyap begitu saja bila aku kata boss mempunyai kuasa pemutus, jadi kita akurje la…tak yah nak bising-bising…

Senario politik negara mewarnai topik kedua depa dok bersembang sambil order kopi o ais segelas lagi. Sembang mestila kena minum, baru ada ump. Jadi ka peralihan kuasa antara Najib dengan Pak Lah dan betoika Anwar dah benar-benar cukup kerusi untuk membentuk kerajaan baru. Member aku kata hang tengok mesej aku…ada kawan hantar `berita terkini, Anwar dah cukup 31 kerusi..dapat dari Chan Funiture Kota Kinabalu sempena promosi aidil fitri’…ada lagi yang dok buat lawak. Apa pun dari apa yang aku dok dengaq perbincangan depa ramai yang dah naik meluat dengan senario politik mutakhir ini. Kegagalan Pak Lah dan ketidaktentuan polisi Najib mungkin menyukarkan Malaysia keluar dari kemelut politik dan ekonomi. Kita tunggu dan lihat malam esok apa pula cerita depa

adios d bagus


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: