Pengalaman Indah di Koh Samui

28 10 2008

5 00 petang – semua member dah berkumpul di d bagus cafe. Sorry my friend, lewat sikit pasai nak urus beberapa hal penting sebelum bertolak. Dan seperti yang dijanjikan tepat jam 5 30 kami bertolak ke Bukit Kayu Hitam dengan 4 buah kenderaan. Hujan renyai-renyai sepajang perjalanan ke border dan masalah utama la ni ialah macamana nak hubungi pemandu van yang akan membawa kami ke sana.

Jam 6 00 petang singgah di Changlun  tukar duit. Ringgit la ni kurang sikit berbanding dengan bath Thai. Selesai urusan tukar duit terus bertolak ke border dan kesesakan berlaku kerana ramai yang nak masuk ke Thailand.  Pusing pekan Danok dua tiga kali baru dapat jumpa dengan van yang akan membawa kami ke Koh Samui. WOW…itulah ungkapan yang keluar dari mulut kawan-kawan bila melihat van tersebut. Anggun, cantik dan selesa. Ni baru nama van kata depa. Selesai urusan parking kereta di PJ kami terus bertolak ke Ban Prik. Jamuan makan malam dah diatur dengan menu yang pasti menyelerakan. Apa tidaknya, ikan Senangin Masak Stim, Tom Yan Udang, Telur Ikan Goreng, Sayur Campur dan Daging Kijang yang dibawa khas dari Belantik menjadi menu sajian. Belasah la tunggu apa lagi. Kenyang perut senang hati tapi perjalanan masih jauh lagi. Koh Samui menjadi destinasi tapi member ajak singgah di Hadnyai dulu…relax sat.

1 00 pagi kami bertolak ke Koh Samui melalui Pathalung. Perjalanan dalam hujan renyai-renyai agak perlahan. Tapi dengan keadaan van yang selesa dan mata mula mengantuk sedar tak sedar hanya apabila van berhenti untuk mengisi minyak di Nakhon Sithamarat. Dan biasanya setiap kali berhenti semua kawan-kawan akan berkumpul, berborak dan berbual cerita-cerita seronok sepanjang perjalanan malam. Hujan terus turun sepanjang perjalanan merencatkan sedikit perjalanan kami…tapi bila berjalan malam ni tau-tau saja la…bila kiri kanan dah gelap maka matapun akan terus kelam dan diulit mimpi. Sedar-sedar van berenti, rupa-rupanya dah sampai di Jeti untuk ke Koh Samui.

7 00 pagi…kereta berbaris panjang menunggu giliran untuk menaiki feri. Feri untuk ke Koh Samui boleh membawa muatan kereta dan penumpang sekaligus. Lori dengan muatan akan ditimbang terlebih dahulu bagi mengelakkan lebihan. Dalam menunggu giliran baru teringat susah nak sarapan. Dekat jeti ni mana ada kedai makanan muslim. Apa lagi cari-cari biskut dalam mini mart untuk dikunyah. Nasib baik jumpa…boleh la makan biskut dengan air teh o…Sambil lepak macam-macam cerita dibualkan dengan teman-teman dan bab yang paling seronok ialah mengata kat kawan-kawan. Apapun Koh Samui semakin hampir untuk dijejaki…

8 30 pagi waktu tempatan kami mula menaiki feri untuk ke pulau yang sayup-sayup didepan mata. Perjalanan satu jam setengah terasa cepat kerana dibuai angin dan udara segar bayu Teluk Siam. Feri tiga tingkat ini agak besar dengan tingkat paling bawah menempatkan kenderaan-kenderaan manakala tingkat 2 dan 3 dikhaskan untuk penumpang. Atas feri masing-masing sibuk bergambar di dek hadapan sambil kepala memikirkan apa yang hebat sangat dengan Koh Samui ni…aku pula terlentang atas kerusi panjang..lena lagi

10 00 pagi menjejakkan kaki buat pertama kalinya di pulau yang pantainya dikatakan antara pantai yang tercantik di dunia.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: