Masa menentukan segalanya…

Salam Sejahtera buat teman-teman seperjuangan…

Ada dua peristiwa paling menarik dalam diari aku hari ini kerana dihubungi oleh dua sahabat lama yang sekian lama menyepi tanpa sebarang khabar berita. Pagi tadi ada exam ulangan PTK di SMK Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat. Alhamdulillah, walaupun soalan agak mencabar namun rasanya aku mampu menjawab dengan baik. Tangan pula terasa kebas pasai lama tak menulis, kira hari ini buat pertama kalinya aku menulis sampai habis dakwat pen. Pun begitu, keputusannya hanya berserah kepada Allah…harap doa dari semua semoga kejayaan bersama dengan kita. Lepas exam jumpa dengan member lama. Aku panggil masa di Universiti dulu Bidi Gorila pasai badan dia saiz lebih kurang tu. Dan dia masih seperti dulu, cara ketawanya tidak berubah. Sekarang menjadi Guru Kanan di SMK Gulau. Sorang lagi teman rapat di Universiti dulu juga ambil periksa sekali. Aku minta maaf banyak-banyak pasal tak sempat nak pi rumah. Sesekali jumpa kawan-kawan yang dah lama naik pangkat dan pegang jawatan di sekolah-sekolah depa tanya aku hang la pegang jawatan apa.

Aku macam biasala..guru penolong DG44 yang dah dua kali dapat anugerah perkhidmatan cemerlang tapi tak naik-naik pangkat. Hang suka lawan boss kot, member serkap aku. Tu la pasai, tau tak pa. Sejak lahir aku memang terkenal dengan sikap suka melawan. Dalam antologi Titian Zaman sajak yang aku paling suka sekali ialah `Sonsang’. Antara bait-bait puisi yang sentiasa dalam ingatan aku ialai…`bila orang duduk aku berdiri, bila orang berdiri aku duduk,…dan itulah realiti aku sampai ke saat ini. Nak kata lawan bos aku pun tak faham sebab aku sentiasa berpegang kepada prinsip menghormati ketua selagi ketua menghormati aku. Perasaan saling hormat menghormati merupakan amalan terpuji dan wajar menjadi pegangan semua. Itu prinsip aku. Masa mengajar Sejarah Islam bab yang aku paling suka ialah pertistiwa Saidina Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah. Teringat kata-kata Saidina Abu Bakar `Tegurlah aku jika aku melakukan kesilapan…’ sentiasa aku pahatkan dalam ingatan. Sebab itu aku menentang konsep `Boss Always Right’ dan `Budaya Bodek’ keterlaluan. Aku mesti menjadi aku yang sentiasa berani menegur dan menegakkan kebenaran. Mungkin darah keturunan Pahlawan Melayu Pattani yang ada dalam diri aku menjadikan aku berani bertindak dalam menegakkan kebenaran dan menentang ketua jika ketua bertindak sonsang. Mengapa harus takut untuk menegur jika kita mempunyai prinsip tetapi dalam masa yang sama bersedialah untuk tidak dinaikkan pangkat dan mendapat apa-apa imbuhan jika kita terlalu berani. Tetapi itulah aku sejak dulu. Masih tak berubah dan tak mungkin berubah. Dan itulah jawapan aku buat teman-teman yang mengajukan soalan hang pegang jawatan apa la ni…

Malam ni hujan lebat di Kuala Nerang menjadikan cafe agak sunyi. Rumah pula hampir-hampir dimasuki air yang mengalir deras kerana longkang tersumbat. Dalam hujan lebat sorang lagi sahabat lama calling. Kardo…suara itu lama tenggelam dan tiba-tiba muncul mengingatkan aku kepada banyak kisah-kisah silam masa di Universiti. Dan Kardo macam aku, spisis manusia yang berani untuk menegakkan kebenaran. Cuma la ni terlupa nak tanya dia pegang jawatan apa. Rasanya masih guru biasa macam aku jugak. Nasib kita serupa la kawan. Soalan paling familiar yang dia tanya aku ialah hang masih di sekolah lama ka…Jawapannya sekarang ya tapi esok lusa belum tentu.  Tukar sekolah bagi aku baik sikit pada tukar seluar dalam. Seluar dalam nak kena tunggu bagi getah longgar dulu baru boleh beli lain, tu pun kalau pinggang tak naik. Sekolah kalau rasa nak kena tukar tegur saja bos atau tunjukkan sikap ,melawan…tak lama dapat la memo. Itulah realiti kehidupan sebagai seorang guru biasa.

Hari ini aku masih di sini tetapi hanya masa menentukan sampai bila…khabarnya nama dah naik untuk ditukarkan. Apapun aku redha dan sudah bersedia tapi jangan risau pasal Cafe tetap dibuka macam biasa. Mai la kita pakat pekena teh sambil bercerita kisah bos-bos kita…

Jumpa lagi…cikgu d di Cafe Corner

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: